MAJLIS SILATURRAHIM SDS

ARTIKEL ini terlalu lewat bangat untuk dicatat. Mohon ampun ya. Sejuk dan beku, namun ada pengunjung setianya memohon agar dikemaskinikan.  Bagi yang berkunjung terima kasih. Mohon ahli kariah dapat memberi isi dan komen yang baik untuk dipertimbangkan.

Gambar-gambar di bawah ialah Majlis Silaturrahim SDS diadakan pada 2/11/2008 dihadiri oleh tetamu istimewa, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia, Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya yang memberikan tazkirah.

img_0240
(Tuan Haji Paimuzi (kiri), Haji Kamarulzaman dan Haji Othman)

dscn0131
Seperti kebiasaannya, wanita serba-serbi mendahului kaum lelaki

dscn0101
Seperti biasa, kaum lelaki mendahului wanita dalam bab makan-makan.

MEMAKMURKAN SDS

ANDAI Syawal melekakan kita, maka wajar senarai penceramah yang memberi kuliah dingatkan kembali kepada jemaah. Manakala penceramah yang gagal memberikan manfaat maksimum kepada jemaah harus diberi kata dua atau berikanlah penghargaan atas ilmu yang dicurah. Sesungguhnya Syawal bulan yang terbaik untuk kita dan mereka bermuhasabah.

Agar wangian Ramadan semerbak di surau dan di masjid kita untuk 11 bulan berikutnya. Moga surau dan masjid tidak lengang tanpa penghuni. Mari kita makmurkan rumah Allah! – al-Kurauwi

SUARA AS-SA’ADAH

SEMPENA Ramadan 1429 hijriah pihak surau telah menerbitkan Suara As-Sa’adah untuk jemaah. Menarik untuk kita teliti pesan ‘Sekapur Sirih’ dari pengerusi:

SEKAPUR SIRIH

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum w.b.

 

Alhamdulillah, Suara As-Sa’adah ini akhirnya dapat diterbitkan bagi memberi maklumat yang lebih jelas terhadap program dan aktiviti Surau Darussa’adah (SDS) yang telah dan akan diadakan dalam usaha memantapkan lagi hubungan di antara SDS dan ahli kariah Taman Keramat Permai AU 1C dan Blok Polis.

 

Dengan adanya Suara As-Saa’dah ini, dapatlah dijadikan rujukan bagi ahli kariah SDS dan penduduk-penduduk di sekitarnya yang selama ini sama-sama memberi sokongan kepada program dan aktiviti SDS.

 

Semoga dengan sokongan dan penyertaan ahli kariah SDS akan melahirkan rasa cinta seterusnya mengimarahkan surau di samping menyemai kasih sayang sesama kita saudara islam.

 

Akhir kalam, saya bagi pihak SDS mengucapkan terima kasih atas apa juga sumbangan yang tuan/puan berikan, mudah-mudahan mendapat balasan dan ganjaran dari Allah s.w.t

 

Wassalam.

 

Haji Kamarul Zaman bin Abdullah]

Pengerusi SDS

Moga dengan kelahiran Suara As-Sa’adah ini, diharap ia bukanlah yang pertama dan yang terakhir.  Jangan pula menanti kehadiran Ramadan yang baru pula untuk muncul kembali – al-Kurauwi

 

SIAPA PEMAKMUR SDSS?

Gambar 1 Memperkenalkan pengerusi Darus Saadah; dari kiri haji Kamarulzaman, setiausaha haji Helmi dan Abang Zulkifli; bilal

Gambar 2, dari kanan; bilal, Pak Abu; AJK SSDS, Haji Ismail Bilal dan Abang Zul.

‘‘Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. Maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk.’’ Surah At-Taubah, ayat 18

SDSS INI SUDAH LAMA SUNYI

 

Rupa-rupanya mengisi ruang-ruang ilmu dalam blog SDSS ini lebih sukar daripada mencipta blog itu sendiri!

Apakah pengunjung asing yang dinanti atau ahli kariah sendiri yang patut melihat dahulu. Tidak mengapa, kita lihat dahulu isinya. Jangan dinantikan orangnya. Pengisian itu yang seharusnya didahulu kerana yang sunyi ialah blog ini, tetapi program-program di SDSS masih berjalan meriah tetapi penuh kesederhanaan.

TRANSFORMASI MASJID: PROFESIONALKAH KITA?

“MASJID yang ditadbir oleh golongan profesional pasti akan bergolak. Imam dan AJK akan bersilih ganti. Akhirnya, tiang masjid lebih banyak daripada jemaahnya dan masjid akan terus hilang seri… !” kata seorang pakar motivasi lewat ceramahnya. Ketika itu penulis hanya mengangguk-angguk pahit kerana pernah mengalami pengalaman seperti itu.

Kata-kata motivator tersebut terimbas kembali dalam benak penulis apabila membaca saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menutup Konvensyen Nasional Komuniti Hadhari Peringkat Kebangsaan, yang mahukan agar golongan profesional turut sama mentadbir masjid.

Dari satu sudut, ada benarnya pandangan murni ini. Malah empat hari sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataannya, mahukan masjid di negara ini dimakmurkan dalam erti kata yang sebenarnya. Dengan lain perkataan, masjid harus ditransformasikan kepada keadaan semasa sebagai pusat keilmuan dan institusi pendidikan Islam, khususnya dalam membina asas kepada modal insan.

Terus membaca ‘TRANSFORMASI MASJID: PROFESIONALKAH KITA?’

PROGRAM HI – TEA SDS

 

PEMBANGUNAN ummah merupakan elemen yang sangat penting dalam teras pembentukan masyarakat dewasa ini. Sudah menjadi tradisi tekal bahawa institusi seperti masjid dan surau telah memainkan peranan yang penting sebagai instrumen kepada perkembangan masyarakat yang membantu ke arah mencerap keimanan dan ketakwaan kepada Allah  S.W.T 

Sudah pastilah sumber sokongan ke arah memenuhi pembangunan ummah itu memerlukan dana yang besar untuk menyuburkan program yang dirancang sama ada menampung aktiviti tafaqquh harian atau program besar sempena bulan-bulan kemuliaan Islam tertentu. Antara sedar atau tidak sebilangan besar surau-surau ini banyak yang berdiri di atas kaki sendiri berbeza dengan sifat dan fungsi masjid yang paling kurang pun boleh hidup dengan derma tabungan hari Jumaat. Itu belum termasuk  dana per kapita setahun yang diterima sama ada dari kerajaan negeri mahupun persekutuan.

Terus membaca ‘PROGRAM HI – TEA SDS’


September 2016
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

KULIAH MINGGUAN

SUMBANGAN/DERMA

Pihak Surau Darus Sa'adah amat mengalu-alukan sumbangan tuan/puan bagi tujuan pentadbiran, penganjuran aktiviti dan penyelenggaraan surau. Semua sumbangan bolehlah dibuat terus ke akaun BIMB No. 140 140 100 63336 atau cek atas nama Surau Darus Sa'adah.

Flickr Photos

I was up at stupid o'clock . . .

More Photos