Arkib untuk Mei 2007

TRANSFORMASI MASJID: PROFESIONALKAH KITA?

“MASJID yang ditadbir oleh golongan profesional pasti akan bergolak. Imam dan AJK akan bersilih ganti. Akhirnya, tiang masjid lebih banyak daripada jemaahnya dan masjid akan terus hilang seri… !” kata seorang pakar motivasi lewat ceramahnya. Ketika itu penulis hanya mengangguk-angguk pahit kerana pernah mengalami pengalaman seperti itu.

Kata-kata motivator tersebut terimbas kembali dalam benak penulis apabila membaca saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menutup Konvensyen Nasional Komuniti Hadhari Peringkat Kebangsaan, yang mahukan agar golongan profesional turut sama mentadbir masjid.

Dari satu sudut, ada benarnya pandangan murni ini. Malah empat hari sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataannya, mahukan masjid di negara ini dimakmurkan dalam erti kata yang sebenarnya. Dengan lain perkataan, masjid harus ditransformasikan kepada keadaan semasa sebagai pusat keilmuan dan institusi pendidikan Islam, khususnya dalam membina asas kepada modal insan.

Terus membaca ‘TRANSFORMASI MASJID: PROFESIONALKAH KITA?’

PROGRAM HI – TEA SDS

 

PEMBANGUNAN ummah merupakan elemen yang sangat penting dalam teras pembentukan masyarakat dewasa ini. Sudah menjadi tradisi tekal bahawa institusi seperti masjid dan surau telah memainkan peranan yang penting sebagai instrumen kepada perkembangan masyarakat yang membantu ke arah mencerap keimanan dan ketakwaan kepada Allah  S.W.T 

Sudah pastilah sumber sokongan ke arah memenuhi pembangunan ummah itu memerlukan dana yang besar untuk menyuburkan program yang dirancang sama ada menampung aktiviti tafaqquh harian atau program besar sempena bulan-bulan kemuliaan Islam tertentu. Antara sedar atau tidak sebilangan besar surau-surau ini banyak yang berdiri di atas kaki sendiri berbeza dengan sifat dan fungsi masjid yang paling kurang pun boleh hidup dengan derma tabungan hari Jumaat. Itu belum termasuk  dana per kapita setahun yang diterima sama ada dari kerajaan negeri mahupun persekutuan.

Terus membaca ‘PROGRAM HI – TEA SDS’

KEM ISLAM PELAJAR PINTAR SOLEH

SESUNGGUHNYA anak-anak adalah anugerah dan amanah daripada Allah S.W.T. kepada kedua-dua Ibu bapa. Amanah ini boleh menjadi aset penting iaitu sebagai bekalan di akhirat. Ironinya jika tidak ditatang dengan baik anak-anak boleh menjadi duri dalam daging yang boleh merobek kebahagiaan dan ketenangan sebuah keluarga. Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. pernah bertanya di hadapan sahabat-sahabatnya: “Tahukah engkau siapakah orang-orang yang mandul? Berkata para sahabat: Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

Bagi melahirkan anak-anak yang soleh akhlaknya dan pintar pula dalam pembelajaran mereka, Biro Tarbiyah Surau Darussaadah, Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur dengan gabungan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Keramat Permai dan sebuah syarikat konsultan telah menganjurkan Program Kem Remaja Islam Pintar Soleh (KIPPS) bertempat di dewan surau itu pada 1-3 Jun 2004 baru-baru ini.

Kesempatan cuti sekolah pertengahan tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjayakan program tiga hari dua malam itu. Alhamdulillah dengan kesungguhan AJK dan ibu bapa program KIPPS itu mendapat sokongan yang luar biasa apabila seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak kariah taman yang berumur 10-13 tahun menyertai kem tersebut yang julung-julung kalinya diadakan.

Enam strategi digunakan bagi membantu anak-anak peserta mencapai objektif kem ini yang menggabungkan elemen mental dan spirituil seperti ceramah, latihan dalam kumpulan, solat berjemaah, pembentangan hasil kerja, percambahan minda dan qiamullail. Selain itu aspek fizikal anak-anak peserta juga tidak diabaikan. Mereka juga didedahkan cara hubungan dengan komuniti luar melalui aktiviti-aktiviti berupa khidmat masyarakat demi mendekatkan anak-anak dengan jiran tetangga dan penduduk taman. 

Program ini berjaya memberi pendedahan mengenai keistimewaan diri mereka melalui penilaian kendiri melalui aktiviti ice breaking dan qiamullail. Selain itu program ini juga berusaha menerapkan pengetahuan dan kemahiran daya kepimpinan yang baik dalam diri peserta kursus  dengan menggunakan modul yang terancang. Malah fasilitator berjaya menimbulkan kesedaran yang baik kepada peserta agar lebih proaktif menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Artikel ini pernah disiarkan di Akhbar Utusan Malaysia – al-Kurauwi


Mei 2007
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

KULIAH MINGGUAN

SUMBANGAN/DERMA

Pihak Surau Darus Sa'adah amat mengalu-alukan sumbangan tuan/puan bagi tujuan pentadbiran, penganjuran aktiviti dan penyelenggaraan surau. Semua sumbangan bolehlah dibuat terus ke akaun BIMB No. 140 140 100 63336 atau cek atas nama Surau Darus Sa'adah.

Flickr Photos

Komen Terbaru